Posts

Showing posts from June, 2015

Ramadhan Ini. #Day5

سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ (١٠) 10. Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Allah dah kata--- macam mana pun kita sorok. Allah tetap tahu :) Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah di atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan pada kita secara percuma tanpa dikenakan bayaran ataupun gst (eh?) Dan tambah tambah bersyukur sebab kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah sudah masuk hari kelima umat Islam berpuasa. Jadinya mari kita check balik kalau kalau masih ada "sesuatu" dalam diri kita yang kita boleh buangkan insyaAllah. Kalau dulu mungkin kita boleh kasi alasan "Ala camne aku nak bangun qiam, syaitan ikat aku weh dia selimut k...