Posts

R&R

Image
"Kau tahu tak, nanti masa nak kiamat  segala jenis ayat ayat dalam Al Quran ni akan hilang. Masa tu dajjal akan datang. Sesiapa yang ikut dia akan dapat kesenangan di dunia ni, tapi sapa yang tak ikut dia pehh memang sengsara lah dengan kepanasan dan kehausan." "Yeke. Hm pada pendapat kau kenapa ek. Sedangkan Allah boleh je nak jadikan satu dunia ni kafir atau Islam dalam sekelip mata." "Macam kau belajar. Cikgu kau boleh je nak kasi kau 100%, boleh je nak buat semuaorang ada Degree & PhD, tapi kenapa cikgu tak buat? Cikgu boleh je nak suruh tengok buku sebijik sebijik masa exam tapi kenapa masa exam takleh tengok buku? Sebab, benda yang terbesar hakikatnya yang kita semua nak tengok hatta Allah sekalipun nak nilai ialah----- usaha kita." "Hm betul tu, even kalau aku cakap aku sayang kau pun, tapi aku tak pernah tahu pasal kau, aku tak ambik tahu pasal kau, aku tak kenal siapa kau apa kau suka apa tak etc, kau mesti tak sayan

Battle

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kita susah nak mengaku yang hakikatnya kita hanyalah seorang hamba Nya yang selalu terlupa dan kadang sengaja melupakan Pencipta kita sedangkan Dia tak pernah sikit pun lupa pada kita. Nauzubillahiminzalik. Mohon dijauhkan daripada sifat bongkak takabur riak ataupun bangga diri daripada diri ini. Ramai orang tertanya tanya: "Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? Tuhan tak dengar doa aku ke? Tuhan tak pandang qiam aku ke?" "Kenapa aku diuji sebegini? Apa salah aku?" "Kenapa aku rasa kosong? Rasa macam ada missing pieces dalam diri aku? Sedangkan macam macam aku dah buat?" "Apalagi aku harus buat? Sampai bila aku harus bersangka baik dengan Tuhan? Satu demi satu ujian datang." Sedangkan kita sedia maklum, yang Allah akan uji kita sehingga ke titik kelemahan kita yang paling dalam. Yang paling "hardcore" lah kata orang. Cuba bayangkan--- Sedangkan kalau nak air fresh orange yang se

Pengalaman: Beijing (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim. Selepas terima tawaran ke Beijing & buat permohonan untuk keluar, dan setelah permohonan untuk keluar daripada Matrikulasi tanpa dikenakan bayaran diluluskan maka berpecutan lah saya dan abah balik ke Kuala Lumpur. Eh Selangor heh. Esoknya awal pagi terus ke Putrajaya untuk uruskan passport. Alhamdulillah semuanya Allah tolong permudahkan. Selesai hantar surat terima tawaran & salinan passport, selepas Puan tu sahkan terima dan tunggu email seterusnya, duduklah di rumah. Selang beberapa hari dapat email memaklumkan mengenai Program BTN & Pra Penerbangan. Pergilah daku bersama abang dan emak ke KWSP di Bangi untuk Pra Penerbangan. Taklimat Pra Penerbangan yang berlangsung selama 2 hari tu sangat lah bermakna & bermanfaat. (Zaman takda teknologi tak power sangat lagi whatsapp/internet so semua fokus je dengar) Alhamdulillah jumpa ramai kawan baru. Takkan lupa moment moment berkenalan dan berkawan dengan kawan kawan. Masa tu awkward sangat sebab

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah. InsyaAllah 18 September 2015 genaplah dua tahun diri ini menuntut ilmu di Negara Tembok Besar. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah SWT pemilik jantung yang berdegup ini. Antara soalan soalan yang selalu diterima daripada orang orang / sedara mara / kawan / bakal adik junior(s). Macam mana nak apply program ni? Okay tak Beijing? Best tak belajar Mandarin? Senang tak? Alhamdulillah selepas mendapat keputusan SPM pada mac tahun 2013 (SPM 2012), saya dan rakan baik mengambil keputusan untuk memohon menjadi Guru. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Saya memohon untuk menjadi guru matapelajaran Matematik. Setelah mengisi borang, saya dipanggil untuk temu duga. (Tak semua orang dipanggil ke temuduga) Setelah menduduki Ujian INSAK dan temuduga secara berkumpulan di IPG, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi memandangkan keputusan untuk masuk ke

Pengalaman: Braces.

Image
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. InsyaAllah entry kali ni berkisarkan pengalaman memakai sesuatu yang dipanggil "Braces". Alhamdulillah 7hb Ogos haritu selamat memakai braces setelah menaruh harapan dan cita cita bertahun lamanya (k hiperbolanya ayat) Kita ringkaskan cerita sebab tahu je kalian semua takda masa nak baca berjela jela ni. Oleh kerana saya duduk di Selangor yang betul betul sempadan je dengan KL, so banyak je klinik pergigian dekat area rumah (jauh dekat semua ada) boleh je nak pilih dekat area KL kalau nak. Tapi kita pendekkan cerita lah ye, saya pilih klinik Klinik Pergigian & Pakar Ortodontik GC atau juga dikenali sebagai Klinik Pergigian Kaur. Alamat: No. 46, 1st Floor, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03 5636 3584 Fax: 03 5636 9145 Email: gcdentalkl@gmail.com Consulting hours: Tue ~ Sat: 9:00AM ~ 6.00PM Sunday: 9:00AM ~ 1:00PM Closed on Monday. Harga? Traditi

Futur.

Perkataan perkataan seperti "Futur" atau "Give up" memang tidak sepatutnya ada dalam diri, jiwa mahupun sanubari seseorang yang sudah bergerak kencang di dalam "track" dakwah dan tarbiah. Namun siapa kita hendak menghalang, Allah jualah yang merupakan sebaik baik perancang. Tak siapa inginkan dirinya terjerumus ke dalam kancah futur ini. Tapi percayalah, dalam kepayahan kita melepaskan diri daripada kancah futur ini pasti akan ada sesuatu yang dituliskan untuk kita untuk ditebus di sana nanti. Mengikut pengalaman diri sendiri, kebanyakan ikhwah/akhowats bukanlah tidak mengerti bahawa segala gala yang telah dikerjakan haruslah diistiqamahkan mahupun sekecil kecil benda. Dan kebanyakan ikhwah/akhowats (termasuk diri saya juga) kadang kadang secara tiba tiba diserang penyakit nanar yang menjadikan kita lupa akan asbab kita berada di track ini. Antara punca punca yang dapat dikenalpasti ialah: Cuti sem (jauh dari akhowats/ikhwah) Terlalu sibuk (MA tak terjaga)

Ramadhan Ini. #Day5

سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ (١٠) 10. Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Allah dah kata--- macam mana pun kita sorok. Allah tetap tahu :) Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah di atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan pada kita secara percuma tanpa dikenakan bayaran ataupun gst (eh?) Dan tambah tambah bersyukur sebab kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah sudah masuk hari kelima umat Islam berpuasa. Jadinya mari kita check balik kalau kalau masih ada "sesuatu" dalam diri kita yang kita boleh buangkan insyaAllah. Kalau dulu mungkin kita boleh kasi alasan "Ala camne aku nak bangun qiam, syaitan ikat aku weh dia selimut k