Attention seeker.

Kenapa jalan ni panjang... Kenapa jalan ni perlukan pengorbanan... Kenapa jalan ni buat aku hilang banyak benda yang aku sayang... Kenapa jalan ni buat aku banyak nangis... Kenapa jalan ni buat aku rasa banyak tanggungjawab... Kenapa jalan ni tak senang... Kenapa kenapa kenapa kenapa... Ketahuilah saat kita sibuk mempersoalkan tentang perkara ini, ramai lagi orang yang sedang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di dalam jalan ini untuk mendapatkan redha Allah. Nabi Ibrahim dibakar api kerna mempertahankan agama ini. Nabi Yunus ditelan ikan kerna memilih jalan ini. Nabi Daud disisihkan keluarga kerna mahu dapatkan redha Ilahi. Nabi Ismail rela disembelih kerna menjalankan perintah sebagai seorang hamba di dunia ini. Nabi Muhammad dilontar batu, dicaci, dihina kerna kecintaannya pada Allah Pemilik Cinta Abadi. Sayyid Qutb dipenjara kerna memperjuangkan agama ini semula. Dan..... Anda? Sibuk meng-upload gambar gambar selfie bersama pakwe makwe dan barang baran...