Attention seeker.


Kenapa jalan ni panjang...
Kenapa jalan ni perlukan pengorbanan...
Kenapa jalan ni buat aku hilang banyak benda yang aku sayang...
Kenapa jalan ni buat aku banyak nangis...
Kenapa jalan ni buat aku rasa banyak tanggungjawab...
Kenapa jalan ni tak senang...
Kenapa kenapa kenapa kenapa...
Ketahuilah saat kita sibuk mempersoalkan tentang perkara ini, ramai lagi orang yang sedang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di dalam jalan ini untuk mendapatkan redha Allah.
Nabi Ibrahim dibakar api kerna mempertahankan agama ini.
Nabi Yunus ditelan ikan kerna memilih jalan ini.
Nabi Daud disisihkan keluarga kerna mahu dapatkan redha Ilahi.
Nabi Ismail rela disembelih kerna menjalankan perintah sebagai seorang hamba di dunia ini.
Nabi Muhammad dilontar batu, dicaci, dihina kerna kecintaannya pada Allah Pemilik Cinta Abadi.
Sayyid Qutb dipenjara kerna memperjuangkan agama ini semula.
Dan..... Anda? Sibuk meng-upload gambar gambar selfie bersama pakwe makwe dan barang barang berjenama...? (Boomm!)

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi, hakikat perjuangan bukan begitu, ada turun naiknya, sakit pedihnya, umpana kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawapannya adalah kerana syurga itu manis" -Imam Hasan Al Bana.
Bayangkan,
Kita adalah anak keempat (or ikut anda lah sekiranya anda anak tunggal, sepupu sepapat ke) daripada adik beradik yang ramai. Dan anda pastinya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian ibu dan ayah anda. Kadang anda sanggup berdiri di atas kerusi supaya suara anda didengari berbanding kakak abang atau adik anda. Anda sanggup lakukan benda benda pelik seperti, saje saje menjatuhkan diri daripada basikal supaya bila luka ibu tolong ubatkan. Atau, anda saje saje kasi cawan kesayangan ayah yang mempunyai lambang kelab bola sepak yang diminati ayah pecah supaya ayah akan marah anda dan lain kali bila anda hendak minum ayah sendiri yang akan tuangkan air untuk anda. Dan, banyak lagi benda benda yang kita akan lakukan untuk mendapatkan perhatian manusia manusia di sekeliling kita.
Samalah dengan hubungan kita dengan Allah. Bayangkan,
Saat kita sedang tidur nyenyak bermimpikan mainan syaitan si durjana, ada ribuan manusia sedang bangun menangis pada Nya. Atau, saat kita sedang seronok dilamun cinta dengan yang tidak halal berpimpinan tangan dan bermesra sebelum lafaz "Sah" diucapkan ketika akad, ada ramai lagi manusia di luar sana yang sampai terlanggar dinding sebab menundukkan pandangan dan ada yang di label "kolot" kerna berhubung bila perlu dan bercakap bila penting dengan yang berlawanan jantina (Peh kena tembak ni). Atau, saat anda sibuk ber gossip tentang kereta baru jiran anda, perihal menantu baru kakak adik anda, gossip artis baru lama dalam bidang seni, barang barang berjenama yang cecah separuh daripada gaji etc, ada orang yang bersungguh sungguh menghafaz al Quran walaupun hanya membaca al Quran buruk yang diwarisi daripada ayah yang syahid di medan perang dan ibu yang kembali ke rahmatullah kerna terkena serpihan bom nuklear Israel laknatullah.
Pehhh. Kalau kita ni, orang tak kasi perhatian masa kita cakap pun kita dah tarik muka & muncung sehasta. Bayangkan lah bila Allah tak pandang pun kita ni ha. Tak pedulikkk sikit pun? Aaaaa sila lah nangis guling guling dan sila lah ambil wuduk dan solat taubat dua rakaat. (Kalau setakat nangis guling guling tak jadi apa pun)
P/s: Sila jadi seorang attention seeker. Attention seeker Allah Yang Maha Esa.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5