Ramadhan Ini. #Day5
سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ (١٠)
10. Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.
Allah dah kata--- macam mana pun kita sorok. Allah tetap tahu :)
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah di atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan pada kita secara percuma tanpa dikenakan bayaran ataupun gst (eh?)
Dan tambah tambah bersyukur sebab kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah sudah masuk hari kelima umat Islam berpuasa. Jadinya mari kita check balik kalau kalau masih ada "sesuatu" dalam diri kita yang kita boleh buangkan insyaAllah. Kalau dulu mungkin kita boleh kasi alasan "Ala camne aku nak bangun qiam, syaitan ikat aku weh dia selimut kan aku dengan selimut babi kot." "Alahai aku bukan taknak buat benda baik cuma tulah kadang aku tewas dengan bisikan syaitan." Jadi mari kita refleks balik, sekarang ni pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluasnya manakala syaitan sudah tiada (diikat) dan sepatutnya kita bermaharajalela di atas muka bumi ini untuk buat pahala, kan?
Tapi kalau masih ada yang buat dosa, masih ada yang buat maksiat, macam mana pulak tuuu? Erm, mungkinkah dia syaitan yang terlepas? Atau mungkin sebenarnya dia tidak perlukan syaitan kerna hakikatnya dia lah salah seorang gang mereka. Atau mungkin saja, dia nak tunjukkan belang dia bahawa sesungguhnya dia lah sebenarnya yang _______________ (sila isi kan sendiri)
Bersempena dengan bulan yang penuh mulia ini, marilah kita sama sama muhasabah balik diri kita. Sebenarnya sejauh mana kita sebenarnya sudah tewas walaupun tanpa bisikan syaitan. Sebenarnya sejauh mana kita sudah menjadi hamba buat nafsu kita sendiri? Membiarkan diri kita berterusan dalam maksiat dan dosa yang nyata, maka alasannya bukan lah syaitan yang bersalah dalam hal ini tetapi diri sendiri. Kita lah yang memberikan alasan, dan kita lah yang sebenarnya malas untuk mencari kebenaran. Sesuatu yang haq yang bersesuaian dengan fitrah kita sebagai seorang hamba Allah.
Kadang kita bukan tak faham, kita faham. Tapi kita sengaja pura pura tak faham. Pekakkan telinga seolah tak pernah dengar orang orang yang datang memberi peringatan. Butakan mata seolah tak pernah lihat betapa banyak bala dan azab yang sudah Allah turunkan buat kita. Dan kita sendirilah yang sebenarnya mematikan hati kita dalam membenarkan cahaya itu masuk. Kita lah sebenarnya yang bersalah. Bukan syaitan. Bukan sesiapa.
Kalau rasa diri hebat dalam memekakkan telinga, membutakan mata, menutup pintu hati--- maka kau cubalah buat begitu di padang mahsyar nanti. Kalau rasa kau tidak mampu sekelumit pun hendak melawan kekuasaan Nya, maka kembali lah. Kembali lah kepada Allah yang sentiasa mengasihi Mu. Kerna Dia, selalu menunggu. Jangan khuatirkan tentang berapa banyak dosa yang diampun, berapa banyak amal yang sudah dibuat, tapi teruskan saja melakukan kebaikan dan teruskan saja meninggalkan kemungkaran. Biarpun kita tidak bisa melihat malaikat mencatatkan pahala amal yang dibuat, jangan bimbang. Kerna bukan kah yang kita Imani itu adalah--- Beriman kepada hari akhirat.
Maaf salah silap.
Ramadhan Kareem.
Beijing, China.

Salam Ramadhan buat sahabat yg tersayang , semoga amalan yg dilakukan dirahmati dan diberkati Allah di bulan yg mulia ini . Amin Ya Rabb .
ReplyDeleteSalam rindu buat sahabat dari malaysia ;) miss you nabilah ;)
Salam Ramadhan jugak sahabatku :') InsyaAllah. Allahumma Aamiin. Missyoutoo💕
Delete