Futur.
Perkataan perkataan seperti "Futur" atau "Give up" memang tidak sepatutnya ada dalam diri, jiwa mahupun sanubari seseorang yang sudah bergerak kencang di dalam "track" dakwah dan tarbiah. Namun siapa kita hendak menghalang, Allah jualah yang merupakan sebaik baik perancang. Tak siapa inginkan dirinya terjerumus ke dalam kancah futur ini. Tapi percayalah, dalam kepayahan kita melepaskan diri daripada kancah futur ini pasti akan ada sesuatu yang dituliskan untuk kita untuk ditebus di sana nanti. Mengikut pengalaman diri sendiri, kebanyakan ikhwah/akhowats bukanlah tidak mengerti bahawa segala gala yang telah dikerjakan haruslah diistiqamahkan mahupun sekecil kecil benda. Dan kebanyakan ikhwah/akhowats (termasuk diri saya juga) kadang kadang secara tiba tiba diserang penyakit nanar yang menjadikan kita lupa akan asbab kita berada di track ini. Antara punca punca yang dapat dikenalpasti ialah: Cuti sem (jauh dari akhowats/ikhwah) Terlalu sibuk (MA tak terjaga)...