Futur.

Perkataan perkataan seperti "Futur" atau "Give up" memang tidak sepatutnya ada dalam diri, jiwa mahupun sanubari seseorang yang sudah bergerak kencang di dalam "track" dakwah dan tarbiah. Namun siapa kita hendak menghalang, Allah jualah yang merupakan sebaik baik perancang. Tak siapa inginkan dirinya terjerumus ke dalam kancah futur ini. Tapi percayalah, dalam kepayahan kita melepaskan diri daripada kancah futur ini pasti akan ada sesuatu yang dituliskan untuk kita untuk ditebus di sana nanti.

Mengikut pengalaman diri sendiri, kebanyakan ikhwah/akhowats bukanlah tidak mengerti bahawa segala gala yang telah dikerjakan haruslah diistiqamahkan mahupun sekecil kecil benda. Dan kebanyakan ikhwah/akhowats (termasuk diri saya juga) kadang kadang secara tiba tiba diserang penyakit nanar yang menjadikan kita lupa akan asbab kita berada di track ini. Antara punca punca yang dapat dikenalpasti ialah:
Cuti sem (jauh dari akhowats/ikhwah)
Terlalu sibuk (MA tak terjaga)
Penyakit penyakit jahiliah lama datang
Jatuh cinta
Dan ________________ (sila isikan sendiri)

Masing masing di antara kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing. Maka oleh yang demikian kita jualah yang mengetahui bagaimana hendak menyelesaikan kemelut ini. Seperti:
Whatsapp mak/ayah/adikberadik usrah
Tonton ceramah agama
Pergi masjid
Solat awal waktu
Baca Al Quran & Tafsir
Penuhkan Mutabaah Amal

Bersabarlah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya masalah futur ini bukan anda sendirian sahaja yang menghadapinya. Terkadang orang yang biahnya sudah sememangnya soleh pun tetap jatuh kecundang. Kerna pada akhirnya diri kita sendirilah yang harus bangkit dan bangun melawan segala anasir anasir penyakit di dalam jiwa dan hati kita. Tarbiah dzatiyah itulah yang menentukan bagaimana kita apabila kita bersama dengan diri kita.

Jangan bimbang, jangan takut. Teruskan berjalan. Teruskan mengembara mencari cinta Allah. Di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Bangkitlah. Jangan terlalu lama berendam jiwa dalam penyakit futur yang nyata kita bisa rasainya. Futur itu sebagai ujian. Jauh mana kita benar benar ingin bertahan dalam jalan mencari Tuhan.

Malaysia.
Syawal.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5