Pengalaman: Braces.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.
InsyaAllah entry kali ni berkisarkan pengalaman memakai sesuatu yang dipanggil "Braces".
Alhamdulillah 7hb Ogos haritu selamat memakai braces setelah menaruh harapan dan cita cita bertahun lamanya (k hiperbolanya ayat) Kita ringkaskan cerita sebab tahu je kalian semua takda masa nak baca berjela jela ni.
Oleh kerana saya duduk di Selangor yang betul betul sempadan je dengan KL, so banyak je klinik pergigian dekat area rumah (jauh dekat semua ada) boleh je nak pilih dekat area KL kalau nak. Tapi kita pendekkan cerita lah ye, saya pilih klinik
Klinik Pergigian & Pakar Ortodontik GC atau juga dikenali sebagai Klinik Pergigian Kaur.
Alamat: No. 46, 1st Floor, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 5636 3584
Fax: 03 5636 9145
Email: gcdentalkl@gmail.com
Consulting hours:
Tue ~ Sat: 9:00AM ~ 6.00PM
Sunday: 9:00AM ~ 1:00PM
Closed on Monday.
Harga?
Traditional: RM 4300 (Deposit RM1000, every checkups RM150)
Damon: RM 6300 (Deposit RM2500, every checkups RM250)
Xray: RM 130
Scalling & Moulden: RM 200
Antara soalan soalan yang diterima bertubi tubi selama 2 minggu ni ialah:
Q: Macam mana boleh nak buat dekat situ?
A: Dulu kawan pernah buat, so dia kata okay. Plus dekat dengan rumah so malas nak fikir transport dah.
Q: Kena buat appointment dulu ke macam mana?
A: Macam saya, saya walk in je sebab call tak angkat. Sebab ada sorang je nurse yang bertugas angkat phone, bukak pintu, panggil pesakit masuk bilik, tanya doc bila boleh buat appointment dengan pesakit, ambil bayaran daripada pesakit. Dan lagi 2 nurse memang fully tolong doctors dan perkakas. So faham jelah keadaan nurse dekat situ.
Q: Buat yang mana satu?
A: Damon sebab since saya masih lagi melanjutkan pelajaran di Beijing, dan hanya boleh pulang 4/5 bulan sekali, jadi doctor menyarankan untuk memakai damon. Sebab, kalau pakai yang traditional kena datang setiap bulan untuk tukar getah, kalau tak tukar getah takkan ada pergerakan gigi. Kalau pakai damon 6month baru datang checkup pun takpe. Jadi kalau nak pakai traditional dan nak pi tukar getah dekat klinik yang ada dekat Beijing boleh je cumanya kena tambah duit lagi so sama je takde beza kan baik go for damon. Lagipun much more better if refer to one doc untuk every checkup sebab every doc berbeza kan.
Q: Sakit tak?
A: Alhamdulillah tak sakit. Sebab dalam kes saya ni, saya tak perlu cabut gigi. So Alhamdulillah senang je. Cuma masa first day haritu terlupa dah pakai braces pergi makan kerepek bawang gitu je jadi sakit sekejap 2 hari. Tapi lepastu okay je tibai nasi lauk ayam masak merah, daging masak kurma. Serious. Dan kalau ada rasa sakit sikit tu sebab gigi sedang tarik. Tapi Alhamdulillah dah dua minggu takdelah sakit sampai demam atau tak selera makan. Kebanyakan orang yang tak selera makan atau malas nak makan tu sebab malas nak cuci selepas makan.
Q: Berapa lama pakai?
A: Setakat ni belum dapat dikenal pasti berapa lama pakai sebab nak tengok pergerakan gigi in first 6 months. Tapi disebabkan kes saya ni cuma nak tarik sikit je jadi mungkin 1 tahun atau 1 tahun setengah dah boleh setel insyaAllah.
Q: Senang tak nak jaga?
A: Alhamdulillah setakat ni baik baik sahaja yang saya tak perlulah bawak berus gigi kemana mana dan berus setiap kali lepas makan. Saya cuma perlu kumur sahaja selepas makan dan insyaAllah okay. Dia ada cara nak memberus gigi & ada berus gigi sendiri yang nurse akan kasi. Nanti searchdekat YouTube cara nak berus gigi ye.
Q: Proses pemasangan braces lama tak?
A: Scalling (Cuci gigi) dan Moulden (Yang kita kena masukkan macam plastercine dalam mulut and gigit untuk dapatkan struktur gigi) dalam 20 minit lepastu pasang braces dalam 30-40 minit. Dalam 1 jam insyaAllah selesai.
Q: Perasaan masa pakai?
A: Oleh kerana Doc adalah sangat lawak dan cool. Tak sedar pun masa sebenarnya sejam dan rasa papp sekejap je dah habis. Apa apa pun selawat banyak banyak dalam hati insyaAllah takde apa kang cuak lebih lebih kang darah keluar banyak pulak.
Q: Apa rasa selepas pasang?
A: Seminggu akan rasa awkward sikit and belum selesa nak tutup mulut dan bercakap pun macam pelik je bunyinya kalau boleh banyakkan minum air sebab masa ni bibir belum selesa dan senang kena ulcer. Sebelum tidur (sebelum kumur dengan ubat doc kasi) minum air, selepas bangun terus minum air. Dan macam saya---- lepas pakai dah tak selesa dah nak senyum tutup mulut sebab nanti dia tak jadi senyum dia jadi pelik haha.
Okay ada banyak lagi soalan soalan yang diterima sebenarnya di whatsapp, wechat, instagram dan sebagainya. InsyaAllah saya dah berusaha untuk jawab semuanya. Kalau ada apa apa lagi pertanyaan boleh tanya :)
Sekian. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Malaysia.
assalam awak.. saya nak tnya.. awak pegi kinik tu tok 1st time walk in teros jam tu buat jgk ke or kne buat appoiment jgk..??
ReplyDelete