Pengalaman: Beijing (Part 2)
Bismillahirrahmannirrahim.
Selepas terima tawaran ke Beijing & buat permohonan untuk keluar, dan setelah permohonan untuk keluar daripada Matrikulasi tanpa dikenakan bayaran diluluskan maka berpecutan lah saya dan abah balik ke Kuala Lumpur. Eh Selangor heh. Esoknya awal pagi terus ke Putrajaya untuk uruskan passport. Alhamdulillah semuanya Allah tolong permudahkan. Selesai hantar surat terima tawaran & salinan passport, selepas Puan tu sahkan terima dan tunggu email seterusnya, duduklah di rumah.
Selang beberapa hari dapat email memaklumkan mengenai Program BTN & Pra Penerbangan. Pergilah daku bersama abang dan emak ke KWSP di Bangi untuk Pra Penerbangan. Taklimat Pra Penerbangan yang berlangsung selama 2 hari tu sangat lah bermakna & bermanfaat. (Zaman takda teknologi tak power sangat lagi whatsapp/internet so semua fokus je dengar) Alhamdulillah jumpa ramai kawan baru. Takkan lupa moment moment berkenalan dan berkawan dengan kawan kawan. Masa tu awkward sangat sebab yelah masing masing pun daripada background yang berbeza. Bila throwback macamni dan tengok keadaan kami sekarang rasa macam tak percaya dulu semua diam tundukkan muka je pemalu angat.
Alhamdulillah hari terakhir di KWSP sebelum ke BTN kakak kakak dan abang abang senior turun padang untuk kongsikan pengalaman dan sedikit informasi yang sangat bermanfaat di sana. Rasa berkobar kobar nak pergi tu hanya Tuhan yang tahu. Sebab rasa ada sesuatu yang Allah nak kasi di bumi Beijing. Alhamdulillah.
Me: Kakak, agak agak duit cukup ke untuk hidup dekat sana?
Kakak: InsyaAllah cukup. Jangan risau. Duit kita tu terlebih lebih banyaknya Sebenarnya.
Me: Yeke. Akak beli tiket flight guna duit sendiri ke duit mak ayah akak.
Kakak: Selepas akak dapat biasiswa ni, akak dah tak gunakan duit mak ayah akak dah. Bahkan akak boleh kasi lagi dekat mak ayah akak. Kita kena pandai uruskan duit insyaAllah okay saje takde pun masalah tak cukup duit ke apa.
Masa dengar tu rasa macam kagum sangat. Seriouslaaa duit banyak camtu sekali. Ok kena jimat. Hehe. (Rasa cam comel bila ingat dulu innocent sangat)
Alhamdulillah. To be continue insyaAllah.
Autumn.
Beijing China.
Comments
Post a Comment