Battle
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kita susah nak mengaku yang hakikatnya kita hanyalah seorang hamba Nya yang selalu terlupa dan kadang sengaja melupakan Pencipta kita sedangkan Dia tak pernah sikit pun lupa pada kita. Nauzubillahiminzalik. Mohon dijauhkan daripada sifat bongkak takabur riak ataupun bangga diri daripada diri ini.
Ramai orang tertanya tanya:
"Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? Tuhan tak dengar doa aku ke? Tuhan tak pandang qiam aku ke?"
"Kenapa aku diuji sebegini? Apa salah aku?"
"Kenapa aku rasa kosong? Rasa macam ada missing pieces dalam diri aku? Sedangkan macam macam aku dah buat?"
"Apalagi aku harus buat? Sampai bila aku harus bersangka baik dengan Tuhan? Satu demi satu ujian datang."
Sedangkan kita sedia maklum, yang Allah akan uji kita sehingga ke titik kelemahan kita yang paling dalam. Yang paling "hardcore" lah kata orang. Cuba bayangkan---
Sedangkan kalau nak air fresh orange yang sedap tu pun harus di squeeze squeeze sampai keluar segala jenis pati yang ada supaya dapat menghasilkan air yang umphhh gitu kan.
Lagi?
Kalau nakkan minyak wangi yang bunga rose tu kan, kan kena hancurkan dia & tumbuk lumat lumat sampai tak nampak dah kelopak kelopak nya tu. Barulah wangi bunga rose tu, harus semerban gitu.
Jadi? Apa kaitannya orange & rose dengan saya? Saya seorang manusia k. Okay.
Manusia juga begitu. Harus ditekan tekan, harus diuji dilenyek disental dihentak digoncang goncang untuk mempersiapkan mental fizikal jasmani rohani & segalanya tentang kita ni sebelum menempuh ke alam "battle" yang sebenarnya.
Eh, alam "battle" yang sebenarnya tu apa? Bila?
Alam battle tu adalah saat saat Islam hendak mencapai kemerdekaan & kemenangan yang agung. Saat saat yakjuj makjuj dajal dan segala benda yang akan menghancurkan umat Islam tu datang. Masa "battle" tu hanya orang yang benar benar layak & kental je yang akan bertahan. Kalau setakat yang baru kena goda dengan godaan FB Twitter Instagram Couple Etc ni Dajjal tak pandang dah. Dia boleh setel kan lama dah. Tapi adakah kita nak jadi orang orang yang tergolong dalam golongan yang ikut dajjal? Taknak kan? Jadi, preparations nya apa? Hanya setakat cakap dimulut je ke? Kita kena sentiasa bersiap sedia. Lagipun, kita tak pernah tahu bila tarikh masa tempat etc yang Allah dah tuliskan pengakhiran untuk kita. Benda benda macam ni kadang nampak basic nampak macam so what semua orang buat kot takkan nak jadi kuno semacam. Well up to you.
Yang penting dah cakap kan :)
Mohon nanti di mahsyar takde lah sesiapa yang menarik diri ini dan menyalahkan mengatakan diri ini "Nak baik sorang sorang masuk syurga sorang sorang taknak ajak orang lain." Nauzubillahiminzalik.
Bertahanlah. Tak lama dah. Kita bakal menang dan kembali pada Pencipta kita dengan bahagianya insyaAllah. Tahan sekejap ja lagi ya?
Beijing.
Autumn 2015.
Comments
Post a Comment