Si Lucy



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

(Ehem ehem. Sebenarnya, satu hari selepas blog ini di "daftarkan" I was like thinking nak post apa as my first entry. So insyaAllah decide nak cerita pasal kucing ni.)


Kucing ni melihat dunia pada 22 September 2014 (nak ditakdirkan sama dengan birthday abang yang first). Jadinya kucing ini adalah seekor kucing betina maka kami semua memanggil dia dengan panggilan Lucy (jangan tanya kenapa Lucy). Lucy diambil daripada salah seorang kawan abang nombor dua aku. Jadinya Lucy ni ada seekor abang bernama Lucky. Tapi abangnya si Lucky tinggal dengan kawan abang aku, abang aku bawak balik Lucy ni ke rumah kitaorang. Nak dijadikan cerita, rumah kitaorang ni apartment 13 tingkat. Makanya agak susah nak adopt pet(s). Memandangkan ini adalah kali pertama rumah kitaorang ada haiwan peliharaan, aku sangat excited bila abang aku whatsapp aku yang masa tu jauh nun di negara komunis menuntut ilmu. (Dahlah masa tu baru je balik ke sana) Jadinya nak dijadikan cerita rabu minggu lepas aku balik Malaysia. Sepanjang aku dekat sana, selalu jugak minta abang-abang send kan gambar & video Lucy sebab nak tengok dia membesar. Sampai je rumah aku terus panggil nama dia. Dia sangat terkejut tengok kehadiran seorang perempuan yang dia tak pernah tengok selama 5 bulan dia hidup dekat dunia ni. It takes times. Almost dua tiga hari baru dia okay kasi aku belai dia (aku tak berani nak dukung lagi sebab risau kena cakar tapi aku dah dua tiga kali gak kena gigit dengan Lucy ni). So rutin harian Lucy ni ialah setiap hari kitaorang akan kasi dia makan and minum macam biasa, kitaorang tak boleh lepaskan dia sewenang wenangnya dekat dalam rumah ni, dalam satu hari adalah paling max dalam dua kali kitaorang akan keluarkan dia dari sangkar dan kasi dia main dekat area ruang tamu dan dapur, abang aku akan bersihkan pasir tempat dia berak dan kencing, kasi dia makan ikan mentah sehari sekali dan... mandikan dia dalam seminggu sekali kot? Sepanjang 5 bulan adalah sekali Lucy keluar dari rumah ni tu pun bawak jumpa abang dia si Lucky.

So petang tadi kitaorang decide nak pi jogging dekat tasik, nak bawaklah si Lucy ni sekali supaya dia dapat melihat dunia dan hirup udara segar dekat luar. Aku and adik aku selalu je nak bawak dia turun bawah tapi abang aku tak kasi sebab taknak dia kutu lah apabenda lah. Disebabkan sekarang dia dekat Kelantan so kitaorang bawaklah dia keluar which is abang nombor satu aku pun okay je sebab kesiankan Lucy. So kitaorang letak dia dalam cats carrier. Sepanjang abang and adik aku pergi jogging aku duduk jelah dengan Lucy. Dia sangat takut sampai mengeluarkan suara yang adik aku sendiri tak pernah dengar. Lepas dah habis jogging, abang and adik aku cubalah nak keluarkan dia daripada carrier tu since aku still tak berani nak pegang dia. And guess what? Dia taknak keluar. Dia tepis tangan abang and adik aku tu and duduk je dekat dalam carrier tu. Ya Allah kitaorang sangat terkejut sebab selama ni kalau dekat dalam cage dia dekat rumah dok ngiau ngiau mintak kitaorang keluarkan dia. So kitaorang pun baliklah rumah. Sampai je rumah abang aku saje je nak test. Dia buka carrier tu and ambik Lucy tu keluar. Lucy tu tak lari pun dekat koridor rumah kitaorang tapi dia terus je lari masuk dalam rumah. Lepastu kitaorang bukak pintu seluas luas alam pun dia buat dunno je and terus masuk dalam bilik abang aku.

So, kenapa aku cerita pasal Lucy ni?

Bayangkan, Lucy dah duduk dalam rumah kitaorang 5 bulan. Dan sepanjang tu kitaorang memang tak kasi dia keluar rumah (sebab takut nanti dia keluar dia berak merata rata pastu nanti ramai pulak jiran jiran yang complaint) menyebabkan sekarang dia dah takut dengan dunia luar (bak kata abang lah) Ya Allah. Macamtulah kita manusia ni. Bila kita dah terlalu lama dan selesa dalam "kotak" sampai kita tak boleh nak berfikir di luar kotak. Sampaikan kita takut nak berdepan dengan changes and anything that we dont even know might be good for us. Bila kita keluar daripada comfort zone kita selama ni baru kita sedar yang kita dah terlalu lama selesa sampai tak cuba untuk berdiri atas kaki sendiri. Kan?

So apa yang jadi dekat Lucy ni betul betul buat aku reflect diri aku balik. Mungkin selama ni aku terlalu lama, terlalu selesa dalam "kotak" hidup aku yang happy huha huha sana sini. But then, bila nak lakukan penghijrahan, bila nak keluar daripada semua tu aku jadi takut, risau. Padahal bila aku keluar daripada comfort zone and buat satu anjakan/lonjakan, sebenarnya benda tu lagi baik and sangat baik sebenarnya. Samalah macam si Lucy, kalau dia tahu dunia luar tu banyak benda daripada kerusi dan almari dekat ruang tamu rumah aku ni mesti dia akan keluar. Kan?

P/s: Even daripada seekor kucing pun ada erti sebuah tarbiah, ibrah yang Allah nak ajar. Tak ke sweet Allah tu? And hey dont worry aku akan pastikan Lucy ni kenal dunia luar, insyaAllah.

Wallahuaklam.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5