Perjalanan
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Alhamdulillah untuk nikmat nikmat yang diberikan Nya.
Maka harini nak cerita tentang perjalanan (baca: jaulah) kami ke Perak.
Ceritanya, memang sebelum balik Malaysia lagi dah di invite ke walimah dua orang senior Beijing jugak. Tapi disebabkan konon konon plan taknak balik Malaysia makanya takda lah plan nak ke walimah mereka. Tapi disebabkan secara tiba-tiba homesick menyerang, terus beli tiket balik dan alhamdulillah selamat sampai. Tapi, disebabkan takde kawan yang dari kl/selangor yang nak ke walimah tu, jadinya hanya tengok jelah gambar-gambar akad nikah yang dikongsikan senior-senior yang lain. Tiba-tiba hari Jumaat dapat whatsapp ada orang ajak nak turun dari Selangor ke Perak bersama. (Perak kenduri rumah pengantin lelaki) Maka setelah plan yang sekejap bertukar-tukar (kerana Allah itulah sebaik-baik perancang), kami semua ke Perak menaiki sebuah kereta yang disewa daripada seorang ustaz UIA. Seawal jam 7 pagi dah keluar dari rumah menuju ke LRT Gombak. Alhamdulillah selamat sampai LRT Gombak jam 8.15 pagi. Selepas tunggu kedatangan sorang kawan yang nak ikut pergi ke Perak, kami pun (3 orang) bergerak ke Rawang untuk pick up sorang lagi kakak senior kitaorang untuk sama-sama ke Perak. Dalam jam 10 pagi bergerak ke highway menuju ke Chemor, Perak.
Alhamdulillah tepat jam 1 petang selamat sampai Chemor (dengan bantuan waze dan dua orang driver) dan selamat makan tengah hari dengan nasi kenduri. Dapatlah jumpa pengantin, tangkap gambar dan bergerak ke destinasi seterusnya. Disebabkan 22hb hari terakhir cuti CNY, konfem jalan jammed teruk jadi kitaorang memang dah decide nak balik hari isnin untuk elakkan jammed, memang nak tidur satu malam dekat Perak. Lepas walimah dan lepas jamak Zuhur-Asar, kitaorang decide nak pergi Kuala Kangsar sebab sorang member (baca: sahabat) nak ber-bekam. Jadi kali ni aku lah driver nya. Naik highway, alhamdulillah tak jammed walaupun kereta boleh tahan banyak. Tengok menuju ke KL memang tak gerak dah. Sebelum nak ke Pusat Bekam ni, memang dah call awal awal nak inform kan kedatangan kitaorang, akak tu (akak Ita) cakap dia bukak dalam pukul 5.30 petang insyaAllah. Jadinya kitaorang sampai awal, dalam pukul 3.30. Singgah beli goreng pisang, keropok lekor, cucur udang lepastu dah taktahu nak gi mana. Tetiba kak eman teringat rumah akak Amal (akak yang dulu belajar Beijing) pun dekat Kuala Kangsar. Maka kami pun pergilah menziarah kak Amal (which is this is my first time meet her). Lepas sembang, makan, minum dalam pukul 5 lebih bergerak ke bekam. Mulanya sorang je yang nak buat, bila dah sampai empat empat nak buat jugak jadinya agak lambat habis. Dalam pukul 7.30 baru habis. Ayah kak Amal ada nasihatkan ikut jalan lama since highway konfem jammed teruk. (Diaorang ada pelawa duduk je dekat rumah diaorang tapi kitaorang dah janji nak tidur rumah akak yang dah bfg dekat Seri Iskandar) So ayah kak Amal cara nak pi Seri Iskandar lalu jalan lama. (Bukan aku lah driver semestinya)
Alhamdulillah sampai Seri Iskandar dalam pukul 9.30 macamtu. (Dah lama tak balik kampung, line dekat area kampung siput je, betul betul menguji) Lepas solat jamak takhir Isyak-Maghrib, mulakan sesi pilotoq dengan kakak Pika. Alhamdulillah banyak jugak input yang dapat.
Esoknya dalam pukul 9 lebih kitaorang bergerak ke bangunan akademik KPMSI (Kolej Poleytech Mara Seri Iskandar) sebab nak tengok cara mengajar. Jumpa dengan kakak-kakak yang dulu belajar dekat Beijing jugak (Dekat Beijing tak sempat jumpa sebab diaorang dah bfg sebelum kitaorang fly) Ya Allah, terasa ikatan hati tu even baru first time jumpa. Manisnya ukhuwwah! Lepastu masuk ke kelas sekejap dan terus bergerak ke UiTM Seri Iskandar sebab nak jumpa ex junior KJ sekejap. Lepastu terus cepat cepat ke KTMB Batu Gajah sebab nak cari tiket keretapi Fatini yang nak balik Perlis malam tu. (Plan asalnya Fatini naik dari KL tapi sebabkan penat lebih baik dia naik dari Perak, dah dekat sikit). Lepas hantar balik Fatini ke KPMSI terus naik ke highway (nak menuju ke highway dari KPMSI tu dalam sejam jugak) Around 2pm baru ada atas highway. Kereta banyak, even tak jammed still berjalan tapi banyak kali brek brek (Penat wooo even bawak auto je) Singgah solat dekat Ulu Bernam, terus menuju ke Rawang. Sepanjang perjalanan dari Perak ke Rawang (tukar-tukar drive dengan kak eman), sesi taaruf pun bermula antara kami. Alhamdulillah macam macam dikongsi. Ayat ayat Allah pun turut jadi isinya. Alhamdulillah. Lepas hantar kak eman, bergerak ke UIA nak hantar kereta. Sampai UIA dalam pukul 8 malam. Masa ni dah agak cuak sebab takde sape nak hantar pergi LRT Gombak. Mintak tolong Ustaz yang kitaorang sewakan kereta ni hantarkan, dia suruh kitaorang contact Kasyah (pemilik sebenar kereta tu) Ceittt masa tu baru tahu sebenarnya kereta tu Kasyah tu punya, Ustaz tolong jagakan aje. Alhamdulillah Kak Cahaya teman ke UIA, kalau sorang-sorang memang nangis dah sebab mungkin terlalu penat, cuak, lapar, sampai sesat dalam UIA tu. Cari masjid pun tak jumpa, tanya orang pun aku still tak paham mungkin otak tak mampu mencerna dengan baik. Akhirnya call Kasyah cakap taktahu dekat mana dah ni, Kasyah suruh tangkap je gambar tempat tu insyaAllah dia tahu dan dia datang pickup. Lepas tunggu hampir 30 minutes, akhirnya Inche Kasyah pun sampai dan hantar kitaorang ke LRT Gombak. Dalam pukul 10.40 baru sampai rumah.
Ya Allah. Betapa banyaknya benda yang Allah nak ajar sepanjang perjalanan ni.
Erti ukhuwwah, erti berdikari, erti sabar.
"Kita takkan nampak hikmah sesuatu benda tu sehingga lah kita yang tempuh sendiri."
Terima kasih banyak banyak kepada teman KL-Perak-KL:
Kak Eman, Fatini & Kak Cahaya.
Terima kasih banyak-banyak kepada yang memudahkan urusan kereta sewa:
Ustaz UIA, Hariri & Kasyah.
Terima kasih banyak-banyak kepada yang menyantuni diri ini:
Kak Pika, Kak Ilham, Kak Zu, Kak Amal, Family Kak Amal.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat.
Terima kasih Allah kerana mengizinkan semuanya berjalan dengan baik.
Terima kasih emak dan abah kerana memberikan kepercayaan.
Semoga Allah membalas semuanya dengan kebaikan yang lebih juga.
Kelana Jaya, 24 Februari 2015.

Comments
Post a Comment