Hadiah dari Dia
Dapat sebuah hadiah berbentuk segi empat yang indah berbalut. Di situ ada sekeping surat kecil.
"Selamat hari lahir. Sanah helwah."
dan...
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Sentap... Allahurabbi. Ini bukan ayat asing. Infiruu. Berulang kali disebut dalam daurah, jaulah, usrah. Bukan sekali tapi tak terkira! Sungguh lah manusia itu sifatnya pelupa. Dalam erti kata ayat (9:41) ni... MOVE ON!
Berapa banyak diri ni dah move on daripada jahiliah jahiliah yang ada?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada tabiat buruk yang ada?
Berapa banyak diri ni dah move on dengan drama drama dan movies yang tayang aurat orang?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada buang masa?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada mengata hal orang?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada mencintai duniawi?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada perkara perkara lagha?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada buang sampah merata rata?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada solat lambat lambat?
Berapa banyak diri ni dah move daripada kurang baca/tadabbur Al Quran?
Berapa banyak diri ni dah move on daripada tengok ajnabi?
Berapa banyak? Berapa banyak? Berapa banyak? Allahurabbi.
Ini bukan setakat hadiah daripada dia tapi hadiah daripada Dia. Allahu Allah.
Jadi, bila nak move on daripada karat karat jahiliah tu?
Comments
Post a Comment