Return.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (7:179)
"Pernah terfikir tak, dalam banyak banyak benda. Dalam banyak banyak nikmat. Dalam banyak banyak perkara. Kenapa hati yang Allah sebut dulu?"
"Erm perhaps because of hati tu tunjang segalanya?"
"Indeed! Full marks! Betul, hati tu tunjang utama segala galanya."
"Sahih Bukhari kan?"
"Yeap InsyaAllah."
"Hati... Hm. Bukan senang nak handle."
"Sebab semuanya bukan milik kita, termasuklah hati kita. Bukan kita punya. Semuanya Allah yang punya."
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw: “Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Shahih Bukhari)

Simple. Benda yang semua orang tahu. Benda yang semua orang mudah je nak faham walaupun pertama kali dengar. Benda yang semua orang boleh hafal kot maksudnya. Tapi, berapa ramai yang faham dan benar benar praktikkan? Sebab tu orang kata "walk the talk" tu tak senang tapi tak mustahil. Kan?
Nak katanya betapa pentingnya seketul daging yang bernama hati ni--- bila kita salah letakkan benda dalam dia automatically dia akan memberikan kesan yang sangat umphh yang sangat padu pada seluruh anggota badan. Macam sistem komputer, bila masuk je satu jenis virus je pun dalam komputer kita, boleh bagi kesan sampai komputer kita jadi slow atau kita akan hilang data data dalam tu atau kemungkinan komputer kita akan terus shut down dan tak boleh digunakan lagi. (Which is you have to take it to the one who know how to repair of course)
Samalah macam hati kita. Bila kita letakkan perkara perkara yang tidak sepatutnya ada. Pergerakan dnt (dakwah dan tarbiah) kita akan menjadi lembap. Atau kemungkinan kita akan kehilangan ilmu ilmu since semua ilmu tu kan milik Allah which is clean and pure and shouldn't get mixed with other things or else dia akan hilang. Atau kemungkinan jugak (tahap kritikal lampu merah nyala nyala) kita mungkin akan terus shut down which is rebah yang mungkin erk agak payah untuk bangkit sebab dah terlalu lama biarkan benda benda yang tak sepatutnya berada dalam hati dan bermaharajalela sesuka hatinya. Kan? Tapi, kalau komputer yang kena virus tu pun kita boleh baiki. Iaitu hantar dekat kedai komputer kasi repair. Samalah macam hati kita.
Return to the One Who we should return. Sebab, He's waiting for us ;)
 

Sumpah, benda benda macam ni bukan senang.
"Eh kau ingat senang ke. Aku sayang (isikan) dari dulu kot."
"Susah wehhh, aku dah lama minat dengar lagu (isikan)."
"Alaaa aku dah biasalah bila boring je tengok movie (isikan)."
"Takkanlah aku simply nak buang kot?"
"Hmm payah weh payah. Ko tak paham perasaan buang (isikan) ni."
Memanglah payah, susah, sakit. Well siapa kata benda benda ni senang? Kalau senang, takdelah syurga and neraka. Ibarat macam, kalau dapat duit tu senang, takdelah orang kaya & miskin. Erk. K. Benda simple. Semua orang ada jahiliah masing masing, semua orang ada mujahadah masing masing. Ingat senang ke nak tinggalkan tabiat tabiat yang dah biasa? Ingat senang ke nak buang segala kecintaan kepada dunia yang dah lama bertapak dalam jiwa? Ingat senang ke nak tetiba lupakan si dia yang kita dah cinta dan sayang bagai nak gila? Ingat senang ke nak cari entry untuk tulis untuk tuju diri sendiri? Erk? K.
Ibarat kau nak beli kasut yang mahal harganya, kau kena berusaha untuk dapatkan duit untuk beli, lepastu kau kena berjalan menggunakan kaki menuju ke kedai tersebut dan pilih saiz kasut, kemudian kau kena buat bayaran, kau kena keluarkan duit yang sangat banyak baru boleh kau dapatkan kasut tu dan pakai dengan bergaya nya. Samalah macam syurga Allah, kau kena bergerak berusaha dapatkan. Y(^_^)Y
.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5