Pengalaman: Beijing (Part 1)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah. InsyaAllah 18 September 2015 genaplah dua tahun diri ini menuntut ilmu di Negara Tembok Besar. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah SWT pemilik jantung yang berdegup ini.

Antara soalan soalan yang selalu diterima daripada orang orang / sedara mara / kawan / bakal adik junior(s).

Macam mana nak apply program ni? Okay tak Beijing? Best tak belajar Mandarin? Senang tak?

Alhamdulillah selepas mendapat keputusan SPM pada mac tahun 2013 (SPM 2012), saya dan rakan baik mengambil keputusan untuk memohon menjadi Guru. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Saya memohon untuk menjadi guru matapelajaran Matematik. Setelah mengisi borang, saya dipanggil untuk temu duga. (Tak semua orang dipanggil ke temuduga) Setelah menduduki Ujian INSAK dan temuduga secara berkumpulan di IPG, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi memandangkan keputusan untuk masuk ke IPG keluar dalam pertengahan bulan 6. Semasa keputusan keluar, saya masih di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) dan keputusannya ialah saya tidak lulus dan tidak dapat ke IPG. Jadi saya teruskan saja belajar di KMJ. Dalam akhir bulan 6 / awal bulan 7 (tak ingat tapi sebelum puasa) saya mendapat panggilan telefon daripada Pegawai Kementerian Pendidikan menawarkan untuk belajar ke Beijing. Panggilan berbunyi seperti:

Pegawai: Ni Nabilah Binti Mohamed ye?
Saya: Ye, betul. Siapa ni ye?
Pegawai: Awak haritu ada mintak nak jadi cikgu ye?
Saya: Ye, betul.
Pegawai: Tapi tak dapatkan?
Saya: Ye, betul. (Masa ni dah menyirap sebab penat baru habis kelas kan)
Pegawai: Saya nak tawarkan awak belajar Bahasa Mandarin di Beijing selama 5 tahun, awak nak ke?
Saya: HAAAAHHH?! Betul ke ni? (Mati mati ingat ada orang nak prank)
Pegawai: Ye ye betul. Takpe awak bincang dengan parents & family dulu, lagi 3 jam awak call saya balik.
Saya: Eh eh, ni under Kementerian ye?
Pegawai: Ye, betul.
Saya: Scholarship? Bahasa Mandarin? Di Beijing? 5 tahun?
Pegawai: Ya.
Saya: (Masih takleh nak cerna semua ni) Kalau saya bagi jawapan esok boleh tak?
Pegawai: Ermm kalau boleh nak secepat mungkin.
Saya: Okay saya call mak abah saya dulu. Apa apa saya call Encik balik.
Pegawai: Baik.

Mungkin saya ni dah orang ke berapa ratus dia call jadi dia pun dah penat agaknya (Memang pun sebenarnya waiting list panjang berjela)

Setelah berbincang dengan Mak Abah Abang & Abang Pek, saya pun menerima tawaran tersebut. Tapi mak saya tak kasi keluar dari Matrik sampaii surat tawaran tu dapat dekat tangan mak. (Sobs Sobs)

Alhamdulillah semasa raya saya mendapat email bahawa surat tawaran sudah pun di pos ke rumah masing-masing. Mak tetap tak kasi keluar lagi dari Matrik. Maka saya pun dengan jiwa yang redha (atau pasrah) balik ke KMJ menduduki Ujian Pertengahan Semester sehingga habis! (Sedih betul gigih belajar untuk exam 5 ke 6 subjek T__T sampai tak tidoq malam) Sebab masa tu agak kelam kabut (dari Penang ke Johor plus atuk sakit ) takda siapa nak tengokkan peti surat (Lagi sedih) Hari Jumaat mak abah singgah KMJ, siap bawakkan makanan kuih raya apa semua (sebab dekat KMJ boleh balik sebulan sekali je). Masa ni jiwa dah lara dah dok tunggu surat tawaran sebab tak sabar dah nak keluar haha.

Sabtu malam mak call

Mak: Kakak surat tawaran dah sampai. Mak baru baca ni
Me: Yeke makkk bila terbang. Huarghhh akak nak keluar T___T
Mak: Tapi surat ni kata kena hantar salinan passport paling lewat semalam. Dah lambat ni, boleh lagi ke?
Me: Yeke (dah start nangis)
Mak: Tulah semua orang sibuk takda sapa nak tengok peti surat. Dah lambat ni camne. Boleh pergi lagi ke ni.
Me: (nangis teresak esak takleh nak cakap dah)
Mak: Dah lah tu, jangan nangis. Kalau ada rezeki, ada lah. Macam ni, Sabtu Ahad pejabat tutup. Hari Isnin ni kakak cuba call orang Kementerian tanya kalau dah lambat boleh lagi ke tak. Kalau boleh baru keluar dari Matrik.
Me: Yelaaa. (nangis tak cukup nafas selepas letak handphone)

Sepanjang nak tunggu ke hari Isnin tu, Ya Allah asyik menangis je sampai makan pun taknak dah. Masa tu roommate roommate pun sedih dok tengok Nabilah yang selalu hyper dok nangis macam ratu air mata (Kahkah) Disebabkan terlalu stress, naik allergic gatal gatal satu badan sampai muka bengkak2. (Last kena allergic teruk macamtu sekali ialah masa form 2) Teman sekatil, Shuhada sedih betul. Dia lah yang pujuk makan & makan ubat. Sapu ubat. (Lawaknya bila ingat) Hari isnin pagi macam biasa ada perhimpunan (KMJ macam sekolah asrama haha) Lepas perhimpunan ada Kuliah. Masa dalam kuliah dah tak senang duduk dah. Asyik call je KPM. Tapi tak angkat2. Habis je Kuliah tu (pukul 9.30) terus keluar & call sekali lagi. Puan tu angkat!! And she said Yes you can but you have to proceed the passport as soon as possible after you settle urusan keluar Matriks. Masa tu terus kelam kabut masuk kuliah ambik beg and semua orang like "Kau nak gi mana?" "Aku nak keluar dari Matrik ni" Semua orang macam "HAAAHHHH?!"

So haritu jugak berlari ke sana ke sini uruskan keluar dari Matrik. Masa uruskan urusan perpustakaan, abang tu cakap "Lambatnya kamu keluar. Minggu lepas dah ada sorang budak keluar dah sebab nak pergi sambung dekat Beijing ni lah. Sama macam kamu ni program nya." I was like (dalam hati) "Whaaaaatttt ok takpe yang penting aku pun nak keluar dah" Tengah hari tu jugak abah sampai dari KL ambik bawak balik with all my stuffs hehe. Mula mula tak rasa apa cuma rasa excited nak keluar tapi bila jumpa lecturer & kawan kawan and they start to cry, then I realize how sad I am nak berpisah dengan diaorang. K masa tu baru nangis. Siap dengan drama my girlsfriends "Nab hang jangan peluk aku Nab." Tapi peluk juga peduli apa haha pastu dia nangis teresak esak dalam pelukan then said "Jahat seyh Nab ni kan kita dah kata jangan tengok kita dah nangis!!" Haha kenangan semua tu bila ingat.

Alhamdulillah selamat keluar dari KMJ. Masatu, sedih sangat. Baru rasa. Tapi, takkan nak patah balik? InsyaAllah ini lah yang terbaik... To be continue.

Malaysia.
Summer break 15.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Ramadhan Ini. #Day5