Posts

Showing posts from October, 2015

R&R

Image
"Kau tahu tak, nanti masa nak kiamat  segala jenis ayat ayat dalam Al Quran ni akan hilang. Masa tu dajjal akan datang. Sesiapa yang ikut dia akan dapat kesenangan di dunia ni, tapi sapa yang tak ikut dia pehh memang sengsara lah dengan kepanasan dan kehausan." "Yeke. Hm pada pendapat kau kenapa ek. Sedangkan Allah boleh je nak jadikan satu dunia ni kafir atau Islam dalam sekelip mata." "Macam kau belajar. Cikgu kau boleh je nak kasi kau 100%, boleh je nak buat semuaorang ada Degree & PhD, tapi kenapa cikgu tak buat? Cikgu boleh je nak suruh tengok buku sebijik sebijik masa exam tapi kenapa masa exam takleh tengok buku? Sebab, benda yang terbesar hakikatnya yang kita semua nak tengok hatta Allah sekalipun nak nilai ialah----- usaha kita." "Hm betul tu, even kalau aku cakap aku sayang kau pun, tapi aku tak pernah tahu pasal kau, aku tak ambik tahu pasal kau, aku tak kenal siapa kau apa kau suka apa tak etc, kau mesti tak sayan...

Battle

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kita susah nak mengaku yang hakikatnya kita hanyalah seorang hamba Nya yang selalu terlupa dan kadang sengaja melupakan Pencipta kita sedangkan Dia tak pernah sikit pun lupa pada kita. Nauzubillahiminzalik. Mohon dijauhkan daripada sifat bongkak takabur riak ataupun bangga diri daripada diri ini. Ramai orang tertanya tanya: "Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? Tuhan tak dengar doa aku ke? Tuhan tak pandang qiam aku ke?" "Kenapa aku diuji sebegini? Apa salah aku?" "Kenapa aku rasa kosong? Rasa macam ada missing pieces dalam diri aku? Sedangkan macam macam aku dah buat?" "Apalagi aku harus buat? Sampai bila aku harus bersangka baik dengan Tuhan? Satu demi satu ujian datang." Sedangkan kita sedia maklum, yang Allah akan uji kita sehingga ke titik kelemahan kita yang paling dalam. Yang paling "hardcore" lah kata orang. Cuba bayangkan--- Sedangkan kalau nak air fresh orange yang se...

Pengalaman: Beijing (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim. Selepas terima tawaran ke Beijing & buat permohonan untuk keluar, dan setelah permohonan untuk keluar daripada Matrikulasi tanpa dikenakan bayaran diluluskan maka berpecutan lah saya dan abah balik ke Kuala Lumpur. Eh Selangor heh. Esoknya awal pagi terus ke Putrajaya untuk uruskan passport. Alhamdulillah semuanya Allah tolong permudahkan. Selesai hantar surat terima tawaran & salinan passport, selepas Puan tu sahkan terima dan tunggu email seterusnya, duduklah di rumah. Selang beberapa hari dapat email memaklumkan mengenai Program BTN & Pra Penerbangan. Pergilah daku bersama abang dan emak ke KWSP di Bangi untuk Pra Penerbangan. Taklimat Pra Penerbangan yang berlangsung selama 2 hari tu sangat lah bermakna & bermanfaat. (Zaman takda teknologi tak power sangat lagi whatsapp/internet so semua fokus je dengar) Alhamdulillah jumpa ramai kawan baru. Takkan lupa moment moment berkenalan dan berkawan dengan kawan kawan. Masa tu awkward sangat sebab ...