Posts

Showing posts from March, 2015

Gagal?

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (2:25) "Weh, aku rasa aku nak stop lah." "Stop? Stop apa?" "Aku taknak dah pegang usrah." "Asal?" "Aku rasa aku dah gagal lah. Adik adik aku dah mula taknak join usrah. Ada yang dari dulu sampai sekarang masih couple, aku cakap semuanya tak jalan. Aku rasa aku dah gagal jadi murobbi yang baik untuk diaorang. Aku rasa, aku nak quit." "Hm. Hanya kerana manusia kau nak quit?" ...

27 hari short vacation ke sorga?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pergh dengar tajuk macam seronok je. Yelah rata rata manusia, siapa lah yang tak suka kan benda benda yang baik dan indah, bukan? Saya juga adalah antara yang tak terkecuali. Sebab itu memang fitrahnya seorang manusia. Sukakan kecantikan, keindahan, kesempurnaan. Bukankah syurga itu indah, cantik dan sempurna? Ya. Benar. Tiada cacat cela yang harus dibaiki lagi, dan tidak syak lagi, Syurga itulah tempat paling indah yang menjadi idaman semua makhluk. Tapi bayangkan bila Allah kata "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai makhluk yang terhina lagu terusir! Sesungguhnya barang siapa di kalangan mereka ada yang mengikutimu, pasti Aku akan isikan neraka Jahannam dengan kamu semua." (7:18) Agak agak, apa kita rasa? Adohai, segala yang kita lakukan selama ni sia sia? Langsung tak diterima Dia? 27 hari short vacation ke sorga. Sebenarnya berkait rapat dengan percutian saya sepanjang 27 hari ke tanah air. Alham...

Ukhuwwah?

Itulah ukhuwah, Bila kau sayang dia tanpa sebab. Bukan sebab dia masakkan kau lauk favourite kau, Bukan sebab dia selalu dengar cerita kau, Bukan sebab dia temankan kau pergi happiness mart beli cream puff, Bukan sebab dia tolong baiki rantai basikal kau, Bukan sebab dia masakkan nasi kerabu untuk kau, Bukan sebab dia whatsapp kau setiap malam, Bukan sebab dia datang hantar ubat waktu kau sakit, Bukan sebab dia kasi kicap untuk masak paprik, Bukan. Bukan. Bukan. Walaupun dia tak buat semua tu pada kau, kau tetap sayangkan dia. Sebab kau sayang kan dia kerana Allah. Dia tak perlu buat apa apa untuk bikin kau sayang pada dia. Dan bila mana kita saling mencintai dan menyayangi kerana tanpa sebab, kita boleh buat semua yang disenaraikan di atas (masak lauk favourite, teman beli cream puff, betulkan rantai basikal, bagi ubat, dengar cerita, etc) dengan sesiapapun meskipun kita hanya kenal namanya, Sebab ukhuwah itu, tak perlukan apa apa cuma iman sebagai land...

Manis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. "Yang hujungnya manis tu permulaannya tak semestinya manis." "Ubat yang pahit pun kadang kadang kita kena telan supaya manis (sihat) di akhirnya." Selalu je dengar macam macam lagi perumpamaan yang mengaitkan manis ni. Jadi, apa sebenarnya entry kali ni? InsyaAllah nak kongsi dan kalau boleh nak ajak kalian kalian sama sama merasai kemanisan ni. Eh jap, apebende nya ni? Haha. (buat saspens) Jadinya boleh dikatakan hampir membawa ke tiga tahun lahirnya seorang Nabilah Mohamed yang baru ke dunia ini. Seriously, bila kita keluar daripada zon selesa (comfort zone) baru kita rasa segala jenis tanggungjawab dan amanah dekat bahu. Eh, manis ke tu? Seriously, ianya sangaaaaaaaaaaattt manis! Tak perlu tambah gula, susu atau apa sahaja untuk menjadikan ianya lebih manis. Manis bila kita penat kita rasa kita bersyukur sekurang kurangnya Allah masih sudi nak kasi kita tempuh hari ni. Manis bila kita...