Manis

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

"Yang hujungnya manis tu permulaannya tak semestinya manis."
"Ubat yang pahit pun kadang kadang kita kena telan supaya manis (sihat) di akhirnya."

Selalu je dengar macam macam lagi perumpamaan yang mengaitkan manis ni. Jadi, apa sebenarnya entry kali ni? InsyaAllah nak kongsi dan kalau boleh nak ajak kalian kalian sama sama merasai kemanisan ni. Eh jap, apebende nya ni? Haha. (buat saspens)

Jadinya boleh dikatakan hampir membawa ke tiga tahun lahirnya seorang Nabilah Mohamed yang baru ke dunia ini. Seriously, bila kita keluar daripada zon selesa (comfort zone) baru kita rasa segala jenis tanggungjawab dan amanah dekat bahu. Eh, manis ke tu? Seriously, ianya sangaaaaaaaaaaattt manis! Tak perlu tambah gula, susu atau apa sahaja untuk menjadikan ianya lebih manis.

Manis bila kita penat kita rasa kita bersyukur sekurang kurangnya Allah masih sudi nak kasi kita tempuh hari ni.
Manis bila kita sakit kita rasa bersyukur sebab Allah sudi nak bersihkan dosa dosa yang ada.
Manis bila kita tak lagi mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya (mencarut) bila ada kereta tiba tiba tak bagi signal terus masuk.
Manis bila kita pakai stoking, pakai handsock bukan sebab takut hitam bukan sebab sejuk tapi sebab nak tutup aurat.
Manis bila kita tak solat lima waktu kita jadi serba salah dan dok rinduuu je nak ngadu dengan Allah.
Manis bila kita mula rasa baca Al Quran tu macam baca novel Melayu.
Manis bila kita dah rasa tak sanggup lagi nak jatuh dalam lubang jahiliyyah dua tiga kali.
Manis bila kita rasa orang sekeliling semuanya baik dan kita je yang tak baik.
Manis bila kita mula terima qada dan qadar Allah dengan hati yang terbuka.
Manis bila kita faham konsep tawakal tu harus lebih daripada segala galanya even masa nak masukkan garam pun bertawakal.
Manis bila kita nampak semuanya daripada kaca mata islam, daripada sentuhan tarbiah, daripada hidayah Allah.

Manisnya. Aku belum sanggup nak tinggalkan kemanisan ni, bahkan aku rasa nak kongsi rasa manis yang ada ni.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5