Ukhuwwah?

Itulah ukhuwah,

Bila kau sayang dia tanpa sebab.

Bukan sebab dia masakkan kau lauk favourite kau,
Bukan sebab dia selalu dengar cerita kau,
Bukan sebab dia temankan kau pergi happiness mart beli cream puff,
Bukan sebab dia tolong baiki rantai basikal kau,
Bukan sebab dia masakkan nasi kerabu untuk kau,
Bukan sebab dia whatsapp kau setiap malam,
Bukan sebab dia datang hantar ubat waktu kau sakit,
Bukan sebab dia kasi kicap untuk masak paprik,
Bukan. Bukan. Bukan.

Walaupun dia tak buat semua tu pada kau, kau tetap sayangkan dia. Sebab kau sayang kan dia kerana Allah. Dia tak perlu buat apa apa untuk bikin kau sayang pada dia.

Dan bila mana kita saling mencintai dan menyayangi kerana tanpa sebab, kita boleh buat semua yang disenaraikan di atas (masak lauk favourite, teman beli cream puff, betulkan rantai basikal, bagi ubat, dengar cerita, etc) dengan sesiapapun meskipun kita hanya kenal namanya, Sebab ukhuwah itu, tak perlukan apa apa cuma iman sebagai landasan nya.

Jadi, kau sayang aku sebab apa? Takda sebab apa apa. Moga sebab Allah semata mata.

8 January 2015, Beijing.

Maaflah untuk sesiapa yang allergic dengan perkataan ukhuwah fillah ni. Tapi pada saya, ukhuwwah ni sama je macam panggilan persahabatan, perkenalan apa semua tu. Cuma, ianya di Arab kan sahaja. Gitulah. Sebenarnya apa benda ukhuwwah ni? Adakah ianya sejenis makanan yang enak di makan di kala kelaparan di waktu sejuk sejuk? (Semasa menulis entry, hujan sedang turun di luar. Alhamdulillah) Jadinya ukhuwwah ni kata orang, persahabatan lah. Bila ditambahkan ukhuwwah fillah, ianya menjadi maksud persahabatan kerana Allah. Gitulah. Jadinya nak katanya, sejak bila saya ni tahu nak ber-ukhuwwah (plus fillah) ni? Ceittt. Jadinya, nak dikatakan dulu bila berkawan tak pernah pun terfikir sebab nak sama sama masuk syurga dengan dia. Berkawan dengan dia sebab dia cantik, dia pandai, dia hensem, dia kaya, dia top sudent, dia famous, dia ada iphone, dia sporting, dia happy go lucky, nak dikatakannya lebih kepada perkara perkara duniawi lah semata berkawan ni kan. Sampailah saya mula faham yang semua benda dalam dunia ni kalau kita buat, tapi tak dilandaskan untuk menuju redha dan cinta Allah, maka ianya hanyalah sia sia. Nauzubillahiminzalik.

Konsep ukhuwwah ni senang je.
Bila kita sayang sangat dekat seseorang tu tapi tak ada sebab apa apa. Ya. Langsung tak ada sebab tapi kita sayang sangat dekat dia. Sebab, ukhuwwah itu tidak perlu diperjuangkan kerana ianya adalah akibat daripada iman. Jadinya, kalau iman kita mantopp dan baik hubungan persahabatan (ukhuwwah) kita dengan kawan-kawan pun mantopp dan baik insyaAllah. Konsep hablumminaAllah hablumminannas. (Hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia)

Well macam gred gred yang kita capai dekat sekolah, samalah macam gred (ketahapan) ukhuwwah ni. Dia ada tingkat tingkat (gred) yang kita boleh kategorikan ukhuwwah kita ni macam mana. Bak kata Inche Gabbana (IG) ukhuwwah fillah atau ukhuwwah fi jahiliyyah? Haaaa. Masa ni lah Allah akan uji kita. Kita ni bersahabat berkawan sebab apa? Kerana apa? Bertujukan apa? Berlandaskan apa? Haa diri kita lebih tahu kenapa dan bagaimana kita boleh menyayangi dan mencintai seseorang tu begitu hebat sekali. Dan, kita juga akan diuji. Untuk melihat betul ke kita ni mencintai kerana Allah atau mencintai sehingga menduakan Allah. Haaa paham tak? Kadang kadang kita memang tak boleh nak lari daripada rasa sayangggggg yang sangat sangat kepada seseorang nak nak lagi kalau dia banyaaaakkkk tolong kita, kan? Tapi, re-check lah balik. Moga moga kita tak ter-Illahkan (sembahan) yang lain dalam hati.

Iman turun dan naik. Macam tu jugak ukhuwwah. Ada masa naik, okay, baik, gelak ketawa, seronok, etc tapi ada masa turun, terasa hati, cemburu, sedih, kecewa, etc. Sebab ianya ada ketahapan ketahapan yang harus diuji terlebih dahulu sebelum naik ketingkatan/ketahapan nya. Dalam ukhuwwah ada 3, Berlapang dada, Berlaku adil, Berkorban. Kalau ketahapan yang pertama pun kita tak lepas (berlapang dada) macam mana kita nak melangkah? Kata nak tuju Ustaziatul Alam bersama? Tapi berlapang dada pun tak boleh? Erk.

p/s: Bagi saya takde konsep ukhuwwah antara lelaki dan perempuan. Ukhuwwah antara lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan. Kerana asalnya hukum pergaulan (ikhtilat) lelaki dan perempuan adalah haram kecuali yang penting! Takpe, kita sama sama baiki diri. Moga Tuhan sudi hidupkan untuk hari hari yang mendatang untuk menyujudnya dahi ke bumi Nya dan menadah tangan memohon keampunan Nya. Wallahuaklam. Assalamualaikum warahmaullah wabarakatuh.

Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5