Gagal?

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (2:25)

"Weh, aku rasa aku nak stop lah."
"Stop? Stop apa?"
"Aku taknak dah pegang usrah."
"Asal?"
"Aku rasa aku dah gagal lah. Adik adik aku dah mula taknak join usrah. Ada yang dari dulu sampai sekarang masih couple, aku cakap semuanya tak jalan. Aku rasa aku dah gagal jadi murobbi yang baik untuk diaorang. Aku rasa, aku nak quit."
"Hm. Hanya kerana manusia kau nak quit?"
"Aku rasa aku tak layak jadi murobbi."
"Jadi, kau rasa apa yang patut ada pada seseorang untuk menjadi seorang murobbi?"
"Hm, entahlah. Aku... Allah."
"Tafsir ada situ? Cuba tengok (2:25) Allah tengah offer apa tu untuk kita kita ni kalau kita kita ni sudi nak bertahan atas jalan ni?"
"Allah... Macam mana ni. Tapi aku rasa, aku dah gagal bawak adik adik aku."
"Ingat lagi pesan murobbiah bidadari sorga?"
"Ermmm."

"Tak kiralah pada akhirnya kita akan gagal atau adik adik taknak ikut usrah atau apa apa yang penting kita santuni mereka dan sentuh hati hati mereka dengan sedaya dan semampu kita. Kerna kelak pada akhirnya yang Allah lihat itu adalah usaha." -Murobbiah

"Sabarlah. Takda benda yang senang dalam dunia ni. Even nak makan pun kita kena basuh tangan, kena ada pinggan, kena ada makanan, kena masak takpun beli dulu sebelum ada makanan nya. Faham ke?"
"Ya Allah. Jazakumullahu khairan kaseera wahai sahabat."
"Waiyyaki Ya Bidadari Syurga."

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? (10:99)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman: Braces.

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Ramadhan Ini. #Day5