Posts

Showing posts from 2015

R&R

Image
"Kau tahu tak, nanti masa nak kiamat  segala jenis ayat ayat dalam Al Quran ni akan hilang. Masa tu dajjal akan datang. Sesiapa yang ikut dia akan dapat kesenangan di dunia ni, tapi sapa yang tak ikut dia pehh memang sengsara lah dengan kepanasan dan kehausan." "Yeke. Hm pada pendapat kau kenapa ek. Sedangkan Allah boleh je nak jadikan satu dunia ni kafir atau Islam dalam sekelip mata." "Macam kau belajar. Cikgu kau boleh je nak kasi kau 100%, boleh je nak buat semuaorang ada Degree & PhD, tapi kenapa cikgu tak buat? Cikgu boleh je nak suruh tengok buku sebijik sebijik masa exam tapi kenapa masa exam takleh tengok buku? Sebab, benda yang terbesar hakikatnya yang kita semua nak tengok hatta Allah sekalipun nak nilai ialah----- usaha kita." "Hm betul tu, even kalau aku cakap aku sayang kau pun, tapi aku tak pernah tahu pasal kau, aku tak ambik tahu pasal kau, aku tak kenal siapa kau apa kau suka apa tak etc, kau mesti tak sayan...

Battle

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kita susah nak mengaku yang hakikatnya kita hanyalah seorang hamba Nya yang selalu terlupa dan kadang sengaja melupakan Pencipta kita sedangkan Dia tak pernah sikit pun lupa pada kita. Nauzubillahiminzalik. Mohon dijauhkan daripada sifat bongkak takabur riak ataupun bangga diri daripada diri ini. Ramai orang tertanya tanya: "Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? Tuhan tak dengar doa aku ke? Tuhan tak pandang qiam aku ke?" "Kenapa aku diuji sebegini? Apa salah aku?" "Kenapa aku rasa kosong? Rasa macam ada missing pieces dalam diri aku? Sedangkan macam macam aku dah buat?" "Apalagi aku harus buat? Sampai bila aku harus bersangka baik dengan Tuhan? Satu demi satu ujian datang." Sedangkan kita sedia maklum, yang Allah akan uji kita sehingga ke titik kelemahan kita yang paling dalam. Yang paling "hardcore" lah kata orang. Cuba bayangkan--- Sedangkan kalau nak air fresh orange yang se...

Pengalaman: Beijing (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim. Selepas terima tawaran ke Beijing & buat permohonan untuk keluar, dan setelah permohonan untuk keluar daripada Matrikulasi tanpa dikenakan bayaran diluluskan maka berpecutan lah saya dan abah balik ke Kuala Lumpur. Eh Selangor heh. Esoknya awal pagi terus ke Putrajaya untuk uruskan passport. Alhamdulillah semuanya Allah tolong permudahkan. Selesai hantar surat terima tawaran & salinan passport, selepas Puan tu sahkan terima dan tunggu email seterusnya, duduklah di rumah. Selang beberapa hari dapat email memaklumkan mengenai Program BTN & Pra Penerbangan. Pergilah daku bersama abang dan emak ke KWSP di Bangi untuk Pra Penerbangan. Taklimat Pra Penerbangan yang berlangsung selama 2 hari tu sangat lah bermakna & bermanfaat. (Zaman takda teknologi tak power sangat lagi whatsapp/internet so semua fokus je dengar) Alhamdulillah jumpa ramai kawan baru. Takkan lupa moment moment berkenalan dan berkawan dengan kawan kawan. Masa tu awkward sangat sebab ...

Pengalaman: Beijing (Part 1)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah. InsyaAllah 18 September 2015 genaplah dua tahun diri ini menuntut ilmu di Negara Tembok Besar. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah SWT pemilik jantung yang berdegup ini. Antara soalan soalan yang selalu diterima daripada orang orang / sedara mara / kawan / bakal adik junior(s). Macam mana nak apply program ni? Okay tak Beijing? Best tak belajar Mandarin? Senang tak? Alhamdulillah selepas mendapat keputusan SPM pada mac tahun 2013 (SPM 2012), saya dan rakan baik mengambil keputusan untuk memohon menjadi Guru. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Saya memohon untuk menjadi guru matapelajaran Matematik. Setelah mengisi borang, saya dipanggil untuk temu duga. (Tak semua orang dipanggil ke temuduga) Setelah menduduki Ujian INSAK dan temuduga secara berkumpulan di IPG, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi memandangkan keputusan untuk masu...

Pengalaman: Braces.

Image
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. InsyaAllah entry kali ni berkisarkan pengalaman memakai sesuatu yang dipanggil "Braces". Alhamdulillah 7hb Ogos haritu selamat memakai braces setelah menaruh harapan dan cita cita bertahun lamanya (k hiperbolanya ayat) Kita ringkaskan cerita sebab tahu je kalian semua takda masa nak baca berjela jela ni. Oleh kerana saya duduk di Selangor yang betul betul sempadan je dengan KL, so banyak je klinik pergigian dekat area rumah (jauh dekat semua ada) boleh je nak pilih dekat area KL kalau nak. Tapi kita pendekkan cerita lah ye, saya pilih klinik Klinik Pergigian & Pakar Ortodontik GC atau juga dikenali sebagai Klinik Pergigian Kaur. Alamat: No. 46, 1st Floor, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03 5636 3584 Fax: 03 5636 9145 Email: gcdentalkl@gmail.com Consulting hours: Tue ~ Sat: 9:00AM ~ 6.00PM Sunday: 9:00AM ~ 1:00PM Closed on Monday. Harga? Traditi...

Futur.

Perkataan perkataan seperti "Futur" atau "Give up" memang tidak sepatutnya ada dalam diri, jiwa mahupun sanubari seseorang yang sudah bergerak kencang di dalam "track" dakwah dan tarbiah. Namun siapa kita hendak menghalang, Allah jualah yang merupakan sebaik baik perancang. Tak siapa inginkan dirinya terjerumus ke dalam kancah futur ini. Tapi percayalah, dalam kepayahan kita melepaskan diri daripada kancah futur ini pasti akan ada sesuatu yang dituliskan untuk kita untuk ditebus di sana nanti. Mengikut pengalaman diri sendiri, kebanyakan ikhwah/akhowats bukanlah tidak mengerti bahawa segala gala yang telah dikerjakan haruslah diistiqamahkan mahupun sekecil kecil benda. Dan kebanyakan ikhwah/akhowats (termasuk diri saya juga) kadang kadang secara tiba tiba diserang penyakit nanar yang menjadikan kita lupa akan asbab kita berada di track ini. Antara punca punca yang dapat dikenalpasti ialah: Cuti sem (jauh dari akhowats/ikhwah) Terlalu sibuk (MA tak terjaga)...

Ramadhan Ini. #Day5

سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ (١٠) 10. Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Allah dah kata--- macam mana pun kita sorok. Allah tetap tahu :) Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah di atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan pada kita secara percuma tanpa dikenakan bayaran ataupun gst (eh?) Dan tambah tambah bersyukur sebab kita masih diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah sudah masuk hari kelima umat Islam berpuasa. Jadinya mari kita check balik kalau kalau masih ada "sesuatu" dalam diri kita yang kita boleh buangkan insyaAllah. Kalau dulu mungkin kita boleh kasi alasan "Ala camne aku nak bangun qiam, syaitan ikat aku weh dia selimut k...

Attention seeker.

Image
Kenapa jalan ni panjang... Kenapa jalan ni perlukan pengorbanan... Kenapa jalan ni buat aku hilang banyak benda yang aku sayang... Kenapa jalan ni buat aku banyak nangis... Kenapa jalan ni buat aku rasa banyak tanggungjawab... Kenapa jalan ni tak senang... Kenapa kenapa kenapa kenapa... Ketahuilah saat kita sibuk mempersoalkan tentang perkara ini, ramai lagi orang yang sedang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di dalam jalan ini untuk mendapatkan redha Allah. Nabi Ibrahim dibakar api kerna mempertahankan agama ini. Nabi Yunus ditelan ikan kerna memilih jalan ini. Nabi Daud disisihkan keluarga kerna mahu dapatkan redha Ilahi. Nabi Ismail rela disembelih kerna menjalankan perintah sebagai seorang hamba di dunia ini. Nabi Muhammad dilontar batu, dicaci, dihina kerna kecintaannya pada Allah Pemilik Cinta Abadi. Sayyid Qutb dipenjara kerna memperjuangkan agama ini semula. Dan..... Anda? Sibuk meng-upload gambar gambar selfie bersama pakwe makwe dan barang baran...

Return.

Image
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (7:179) "Pernah terfikir tak, dalam banyak banyak benda. Dalam banyak banyak nikmat. Dalam banyak banyak perkara. Kenapa hati yang Allah sebut dulu?" "Erm perhaps because of hati tu tunjang segalanya?" "Indeed! Full marks! Betul, hati tu tunjang utama segala galanya....

Hadiah dari Dia

Dapat sebuah hadiah berbentuk segi empat yang indah berbalut. Di situ ada sekeping surat kecil. "Selamat hari lahir. Sanah helwah." dan... انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَ...

Gagal?

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (2:25) "Weh, aku rasa aku nak stop lah." "Stop? Stop apa?" "Aku taknak dah pegang usrah." "Asal?" "Aku rasa aku dah gagal lah. Adik adik aku dah mula taknak join usrah. Ada yang dari dulu sampai sekarang masih couple, aku cakap semuanya tak jalan. Aku rasa aku dah gagal jadi murobbi yang baik untuk diaorang. Aku rasa, aku nak quit." "Hm. Hanya kerana manusia kau nak quit?" ...

27 hari short vacation ke sorga?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pergh dengar tajuk macam seronok je. Yelah rata rata manusia, siapa lah yang tak suka kan benda benda yang baik dan indah, bukan? Saya juga adalah antara yang tak terkecuali. Sebab itu memang fitrahnya seorang manusia. Sukakan kecantikan, keindahan, kesempurnaan. Bukankah syurga itu indah, cantik dan sempurna? Ya. Benar. Tiada cacat cela yang harus dibaiki lagi, dan tidak syak lagi, Syurga itulah tempat paling indah yang menjadi idaman semua makhluk. Tapi bayangkan bila Allah kata "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai makhluk yang terhina lagu terusir! Sesungguhnya barang siapa di kalangan mereka ada yang mengikutimu, pasti Aku akan isikan neraka Jahannam dengan kamu semua." (7:18) Agak agak, apa kita rasa? Adohai, segala yang kita lakukan selama ni sia sia? Langsung tak diterima Dia? 27 hari short vacation ke sorga. Sebenarnya berkait rapat dengan percutian saya sepanjang 27 hari ke tanah air. Alham...

Ukhuwwah?

Itulah ukhuwah, Bila kau sayang dia tanpa sebab. Bukan sebab dia masakkan kau lauk favourite kau, Bukan sebab dia selalu dengar cerita kau, Bukan sebab dia temankan kau pergi happiness mart beli cream puff, Bukan sebab dia tolong baiki rantai basikal kau, Bukan sebab dia masakkan nasi kerabu untuk kau, Bukan sebab dia whatsapp kau setiap malam, Bukan sebab dia datang hantar ubat waktu kau sakit, Bukan sebab dia kasi kicap untuk masak paprik, Bukan. Bukan. Bukan. Walaupun dia tak buat semua tu pada kau, kau tetap sayangkan dia. Sebab kau sayang kan dia kerana Allah. Dia tak perlu buat apa apa untuk bikin kau sayang pada dia. Dan bila mana kita saling mencintai dan menyayangi kerana tanpa sebab, kita boleh buat semua yang disenaraikan di atas (masak lauk favourite, teman beli cream puff, betulkan rantai basikal, bagi ubat, dengar cerita, etc) dengan sesiapapun meskipun kita hanya kenal namanya, Sebab ukhuwah itu, tak perlukan apa apa cuma iman sebagai land...

Manis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. "Yang hujungnya manis tu permulaannya tak semestinya manis." "Ubat yang pahit pun kadang kadang kita kena telan supaya manis (sihat) di akhirnya." Selalu je dengar macam macam lagi perumpamaan yang mengaitkan manis ni. Jadi, apa sebenarnya entry kali ni? InsyaAllah nak kongsi dan kalau boleh nak ajak kalian kalian sama sama merasai kemanisan ni. Eh jap, apebende nya ni? Haha. (buat saspens) Jadinya boleh dikatakan hampir membawa ke tiga tahun lahirnya seorang Nabilah Mohamed yang baru ke dunia ini. Seriously, bila kita keluar daripada zon selesa (comfort zone) baru kita rasa segala jenis tanggungjawab dan amanah dekat bahu. Eh, manis ke tu? Seriously, ianya sangaaaaaaaaaaattt manis! Tak perlu tambah gula, susu atau apa sahaja untuk menjadikan ianya lebih manis. Manis bila kita penat kita rasa kita bersyukur sekurang kurangnya Allah masih sudi nak kasi kita tempuh hari ni. Manis bila kita...

Coret.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. InsyaAllah post kali ni lebih kepada nak throwback zaman sekolah (zaman kegelapan, zaman mencari cahaya, zaman jahiliyyah) dulu dulu hehe. Mungkin sebab baru je lepas menjelajah ke sekolah jadi memori zaman daun pisang tu terimbas kembali hehe. Nak dijadikan cerita, aku membesar dekat sebuah bandar yang membangun. Parents dua dua kerja. Macam biasa, office hour keluar pagi balik petang. Tapi takde lah diabaikan pun kitaorang semua. Parents aku bukan jenis yang susun susun hidup anak-anak. Yelah ada sesetengah parents tu nak anak first jadi doktor, anak second jadi accountant, haa tapi mak dengan abah aku tak pernah paksa pun. Kiranya ikut minat, bakat dan rezeki masing-masing. Alhamdulillah kitaorang empat beradik sekolah dekat sekolah rendah yang sama, masuk unit uniform yang sama haha lepastu sekolah menengah jelah lain2. Beza kitaorang adik beradik takde lah jauh mana cuma dengan yang bongsu jarak dekat 6 ta...

Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah untuk nikmat nikmat yang diberikan Nya. Maka harini nak cerita tentang perjalanan (baca: jaulah) kami ke Perak. Ceritanya, memang sebelum balik Malaysia lagi dah di invite ke walimah dua orang senior Beijing jugak. Tapi disebabkan konon konon plan taknak balik Malaysia makanya takda lah plan nak ke walimah mereka. Tapi disebabkan secara tiba-tiba homesick menyerang, terus beli tiket balik dan alhamdulillah selamat sampai. Tapi, disebabkan takde kawan yang dari kl/selangor yang nak ke walimah tu, jadinya hanya tengok jelah gambar-gambar akad nikah yang dikongsikan senior-senior yang lain. Tiba-tiba hari Jumaat dapat whatsapp ada orang ajak nak turun dari Selangor ke Perak bersama. (Perak kenduri rumah pengantin lelaki) Maka setelah plan yang sekejap bertukar-tukar (kerana Allah itulah sebaik-baik perancang), kami semua ke Perak menaiki sebuah kereta yang disewa daripada seorang ustaz UIA. Seawal ja...

Si Lucy

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. (Ehem ehem. Sebenarnya, satu hari selepas blog ini di "daftarkan" I was like thinking nak post apa as my first entry. So insyaAllah decide nak cerita pasal kucing ni.) Kucing ni melihat dunia pada 22 September 2014 (nak ditakdirkan sama dengan birthday abang yang first). Jadinya kucing ini adalah seekor kucing betina maka kami semua memanggil dia dengan panggilan Lucy (jangan tanya kenapa Lucy). Lucy diambil daripada salah seorang kawan abang nombor dua aku. Jadinya Lucy ni ada seekor abang bernama Lucky. Tapi abangnya si Lucky tinggal dengan kawan abang aku, abang aku bawak balik Lucy ni ke rumah kitaorang. Nak dijadikan cerita, rumah kitaorang ni apartment 13 tingkat. Makanya agak susah nak adopt pet(s). Memandangkan ini adalah kali pertama rumah kitaorang ada haiwan peliharaan, aku sangat excited bila abang aku whatsapp aku yang masa tu jauh nun di negara komunis menuntut ilmu. (Dahlah masa tu b...

Mula.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SubhanAllah, Alhamdulillah. After like been ages, kembali menulis insyaAllah. Sebenarnya dah mula menulis sejak zaman sekolah lagi tapi theres something happened back then that makes me wanna shut down everything about me in the social networking. But lately, I have been thinking about coming back! Hey, theres nothing you should afraid of just be yourself and everything gonna be okay insyaAllah. Seriously memang dah lama tak menulis (I mean panjang panjang macam ni). Selalunya tulis dekat instagram atau facebook atau twitter. Tapi rasanya, tak se"umpphh" tulis dekat sini. Heh. Jadi lets start with, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Selamat sejahtera. 你好! Annyeonghaseyo!